Followers

Saturday, January 23, 2010

Angka korban gempa Haiti lebih 110,000 orang

PORT-AU-PRINCE: Lebih 110,000 orang kini disahkan terbunuh akibat gempa bumi yang melanda Haiti minggu lalu, lapor Kementerian Dalam Negeri, semalam.

Angka korban itu sekali gus adalah rekod kematian terbesar akibat gempa bumi di benua Amerika.

Kementerian berkenaan menyebut angka kematian akibat gempa 7.0 magnitud dan terkuat sejak 160 tahun pada 12 Januari itu ialah 111,499 orang.

Sebelum ini kerajaan menganggarkan kehilangan nyawa akibat gempa itu sekitar 75,000 orang.

Kenyataan semalam menyebut, 193,891 orang disahkan cedera manakala lebih 609,000 orang lagi kini terpaksa mendiami 500 kem sementara dengan lebih 500,000 lagi hilang tempat tinggal.

Pegawai kerajaan Haiti memberitahu jumlah kematian mungkin akan mencecah sehingga 200,000 orang. - AFP

0 comments: