Followers

Monday, June 7, 2010

KDN belum cadang dedah IGSO kepada umum

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada masa ini belum bercadang untuk mendedahkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) kepada umum.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini kerana panel khas yang ditubuhkan kementerian sedang meneliti IGSO dalam usaha mengemaskini peraturan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, KDN akan mempertimbangkan cadangan untuk mendedahkan IGSO yang dikemaskini kepada umum pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Parlimen.

Karpal dalam soalannya meminta Hishammuddin menyatakan sama ada kerajaan bersedia mendedahkan arahan yang terkandung dalam IGSO berhubung penggunaan senjata api oleh polis pada waktu bekerja.

0 comments: