Followers

Thursday, May 13, 2010

Sime Darby umum kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

KUALA LUMPUR: Sime Darby mengumumkan kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine, projek minyak dan gas Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan projek hidroelektrik Bakun.

Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Mursyid, diarah bercuti sehingga tamat tempoh kontrak 26 November depan.

Katanya, jawatan beliau dipangku oleh Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan Sime Darby, Datuk Azhar Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena mengumumkan perkembangan kajian kumpulan petugas yang ditubuhkan kumpulan itu untuk menilai prestasi syarikat di sini, sebentar tadi.

0 comments: