Followers

Thursday, May 13, 2010

Pertemuan Najib-Susilo diharap tumpu soal tenaga kerja Indonesia

KUALA LUMPUR: Pertemuan dua hala Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa lawatannya ke sini pada 18 Mei ini diharapkan akan dapat memberi tumpuan kepada soal permasalahan dan kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia.
Ketua Persatuan Pengusaha Indonesia (Apindo), Senator Parlindungan Purba berkata isu tenaga kerja Indonesia terutama pembantu rumah perlu dibincang segera untuk mendapatkan penyelesaian yang menguntungkan bagi kedua-dua negara.

"Selain masalah politik, sosial, budaya, pertahanan atau keamanan, tidak kurang juga masalah tenaga kerja perlu dibincangkan (pada pertemuan dua hala itu), kerana ini adalah platform terbaik untuk membicarakan (mengenai tenaga kerja)," katanya.
Indonesia kini menggantung sementara penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia dan kerajaan kedua-dua negara sedang berbincang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru mengenai perkara itu.

MoU itu bertujuan memperkemas urusan penghantaran pembantu rumah Indonesia terutama dalam aspek berkaitan perlindungan kepada pekerja dan majikan yang menguntungkan kedua-dua negara. - Bernama

0 comments: