Followers

Tuesday, April 6, 2010

AS akan hadkan situasi bagi penggunaan senjata nuklear: Obama

WASHINGTON: Menjelang pegumuman strategi baru nuklear, Presiden Barack Obama memberitahu The New York Times semalam beliau bercadang mengurangkan secara drastik keadaan yang mana Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan senjata nuklear.

Dalam satu temubual, Obama berkata beliau akan membuat pengecualian untuk “negara terpencil seperti Iran dan Korea Utara" tetapi strategi baru beliau itu bertujuan menghapuskan kesamaran Perang Dingin berhubung keadaan mana senjata berkenaan boleh digunakan.



Obama akan mengumumkan strateginya hari ini menjelang persidangan utama nuklear di Washington minggu depan dan dua hari sebelum Rusia dan AS memeterai perjanjian untuk mengurangkan sebanyak satu per tiga simpanan senjata nuklear jarak jauh masing-masing.


The New York Times melaporkan Obama komited untuk tidak menggunakan senjata nuklear terhadap negara bukan kuasa nukear sejajar pematuhan Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear walaupun mereka melancarkan senjata biologi atau kimia atau serangan siber terhadap AS.

“Saya akan mengekalkan segala perkakas yang perlu untuk menjamin keselamatan seluruh rakyat Amerika," katanya pada temua bual di Oval Office itu.- AFP

0 comments: