Followers

Saturday, February 13, 2010

EU kagum gagasan 1Malaysia

KOTA KINABALU: Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mampu memainkan peranan penting dalam menggerakkan rakyat Malaysia ke arah mencapai matlamat bersama dan memperkukuh perpaduan nasional, kata Duta Besar dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia, Vincent Piket.

Katanya, beliau kagum dengan konsep 1Malaysia dan berharap gagasan ini akan membuahkan hasil yang diharapkan.

"Apa jua langkah ke arah mencapai matlamat bersama dan perpaduan masyarakat adalah baik untuk negara ini, sama juga halnya dengan EU.

"Sekiranya gagasan 1Malaysia ini benar-benar berhasil, masyarakat majmuk Malaysia akan menjadi lebih kuat dan memiliki kelebihan yang mampu membawa negara ini ke tahap kejayaan lebih tinggi," katanya.

Piket berada di Sabah baru-baru ini untuk lawatan tiga hari. - Bernama

0 comments: