Followers

Thursday, December 10, 2009

PKFZ: Ramai lagi individu akan didakwa - Peguam Negara

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata ramai lagi individu akan didakwa berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) walaupun tiga orang sudah didakwa setakat ini.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi, Abdul Gani berkata seorang lagi individu akan didakwa pada Isnin depan di Mahkamah Sesyen Klang.

Malah, katanya, siasatan akan diteruskan bagi mendakwa sesiapa saja individu lain termasuk ahli politik yang disyaki terbabit dalam skandal itu.

Petang tadi, Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM254.8 juta berhubung projek PKFZ.

Turut didakwa, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee, atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM5.417 juta.

Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membuat tuntutan palsu bernilai RM122.267 juta.

0 comments: