Followers

Monday, October 19, 2009

Umno Langkawi cadang 'jambatan separuh'

LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk projek pembinaan "jambatan separuh" bagi menjimatkan kos perbelanjaan, masa perjalanan feri dan kargo antara Langkawi dengan Kuala Perlis.

Ketuanya, Datuk Nawawi Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuah, berkata sekiranya cadangan pembinaan jambatan itu dipersetujui, projek itu berupaya membangunkan pelabuhan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai.

"Pada masa ini, jarak perjalanan antara Langkawi ke Kuala Perlis, sejauh 24 kilometer memakan masa satu jam menerusi perkhidmatan feri, tetapi dengan pembinaan jambatan separuh itu, dapat menjimatkan masa kepada 20 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nawawi berkata, cadangan itu membabitkan pembinaan jambatan separuh bermula dari Teluk Apau Langkawi dan Kuala Perlis dengan masing-masing melaksanakan projek tebus guna tanah sejauh enam kilometer.

Katanya, Umno akan mengemukakan cadangan mengenai projek itu kepada Kerajaan Pusat menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk dipertimbangkan.

"Bagaimanapun, kami bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, yang tidak setuju pembinaan jambatan menghubungkan Langkawi dengan Kuala Perlis kerana boleh menimbulkan kesesakan kenderaan," katanya.

0 comments: