Followers

Friday, August 20, 2010

Nikah tanpa tauliah: Penolong amil dihadapkan ke mahkamah

SHAH ALAM 20 Ogos – Seorang penolong amil kariah sebuah masjid dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang buruh untuk menikahkan satu pasangan tanpa tauliah pada hari ketiga umat Islam berpuasa.
Abdul Rahman Adam, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.
Tertuduh didakwa bersubahat dengan Asbai Rofik, 56, dengan menikahkan Mohd. Luqman Hakim Ab. Rahman, 28, dan Mazlina Abdul Majid, 29, di Lot 11A, Desa Subang Perantau, Sungai Buloh dekat sini pada pukul 3.30 petang, 13 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 November ini bagi sebutan semula kes berkenaan. – Utusan

0 comments: