Followers

Tuesday, July 13, 2010

UMNO sedia bertemu PAS untuk jalin kerjasama: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata UMNO sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.
"Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara," katanya selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN 2010 di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Semalam, akhbar memetik ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam sebagai berkata, bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan UMNO bersatu. - Bernama

0 comments: