Followers

Friday, June 11, 2010

Jangan biarkan hanya Israel siasat serangan kapal Gaza: Abbas

WASHINGTON: Siasatan mengenai tindakan komando dan tentera Israel menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan Gaza pada 31 Mei lalu tidak sepatutnya hanya dikendalikan oleh Israel sahaja, kata Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Israel yang mempertahankan serangan itu yang menyaksikan sembilan sukarelawan terbunuh sebaliknya mendakwa aktivis di dalam kapal berkenaan yang menyerang komandonya. Kejadian itu mencetuskan perhatian masyarakat antarabangsa dengan Abbas sudah mengetengahkan isu itu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam pertemuannya di Rumah Putih, kelmarin.

“Siasatan ini tidak boleh dibiar dilakukan oleh Israel saja. Israel tidak boleh siasat diri sendiri," kata Abbas kepada pasukan pemikir Washington.

“Apapun Israel yang mula menyerang konvoi di perairan antarabangsa yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan ini tidak boleh diterima," katanya. - AFP

0 comments: