Followers

Tuesday, December 15, 2009

Ada penulis blog tidak beretika: Hishammuddin

KUALA TERENGGANU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.

"Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di sini, malam tadi.

Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.

Katanya tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin yang menabur fitnah akan berjaya. - Bernama

0 comments: