Followers

Wednesday, November 11, 2009

Presiden China tiba untuk lawatan dua hari

SEPANG: Presiden China, Hu Jintao, tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan dua hari.

Ketibaan beliau bersama isteri, Liu Yongqing, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.30 petang tadi disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Hu kemudian berlepas ke dataran Parlimen untuk diberi sambutan rasmi sebelum mengunjungi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Malam ini beliau akan diraikan dalam satu majlis jamuan negara dan pagi esok pemimpin China itu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya.

Beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani sempena lawatan itu.

Hu dijadual berlepas ke Singapura pada 4.30 petang esok. - Bernama

0 comments: