PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain (kanan) menolak bola ke gawang Korea Selatan dan melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto Reuters
Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33.
Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76.
Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa.
0 comments:
Post a Comment