Followers

Wednesday, September 16, 2009

13 kematian pada hari ketiga Ops Sikap

KUALA LUMPUR: Pengguna motosikal terus menyumbang kepada peningkatan kadar maut pada hari ketiga Ops Sikap yang mencatatkan 13 kematian semalam, menjadikan jumlahnya 32 sejak ia dilancarkan Ahad lalu sempena Aidilfitri tahun ini.

Daripada 1,245 kemalangan semalam, lapan kematian membabitkan pengguna motosikal, dua pengguna kereta dan masing-masing satu kematian membabitkan teksi, lori dan basikal, kata Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 566 kes, diikuti jalan persekutuan (287 kes), jalan negeri (198 kes), lebuh raya (123 kes) dan jalan-jalan lain (71 kes).

Sebanyak 14,443 saman juga dikeluarkan semalam.

Ops Sikap ke-20 ini dijalankan sehingga 27 Sept ini dan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini. - Bernama

0 comments: