KUALA LUMPUR: Pengguna motosikal paling ramai maut dalam kemalangan pada hari kedua Ops Sikap semalam yang mencatatkan 12 kematian, menjadikan jumlahnya 19.
Daripada jumlah yang terkorban dalam 1,182 kemalangan semalam, sembilan adalah pengguna motosikal dan masing-masing satu pengguna kereta, van dan lori, kata Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
Jalan bandaran mencatat jumlah kemalangan paling tinggi dengan 573 kes, diikuti jalan persekutuan (258 kes), jalan negeri (166 kes), lebuh raya (110 kes) dan jalan-jalan lain (75 kes).
Sebanyak 13,168 saman dikeluarkan.
Ops Sikap ke-20 yang akan berjalan sehingga 27 Sept ini bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. - Bernama
0 comments:
Post a Comment