Followers

Saturday, February 13, 2010

Pakar luar diambil ajar guru Bahasa Inggeris

JERTIH: Kerajaan akan mengambil guru pakar Bahasa Inggeris daripada luar negara untuk mengajar guru yang mengajar subjek itu di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, mereka akan berkhimat secara kontrak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengambilan tenaga pengajar luar secara kontrak itu akan dibuat pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu selaras matlamat Kementerian Pelajar melaksana kurikulun baru Bahassa Inggeris tahun depan.

Beliau berkata, demikian pada majlis Program Juara Rakyat dan Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR Daerah Besut di sini, hari ini.

EU kagum gagasan 1Malaysia

KOTA KINABALU: Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mampu memainkan peranan penting dalam menggerakkan rakyat Malaysia ke arah mencapai matlamat bersama dan memperkukuh perpaduan nasional, kata Duta Besar dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia, Vincent Piket.

Katanya, beliau kagum dengan konsep 1Malaysia dan berharap gagasan ini akan membuahkan hasil yang diharapkan.

"Apa jua langkah ke arah mencapai matlamat bersama dan perpaduan masyarakat adalah baik untuk negara ini, sama juga halnya dengan EU.

"Sekiranya gagasan 1Malaysia ini benar-benar berhasil, masyarakat majmuk Malaysia akan menjadi lebih kuat dan memiliki kelebihan yang mampu membawa negara ini ke tahap kejayaan lebih tinggi," katanya.

Piket berada di Sabah baru-baru ini untuk lawatan tiga hari. - Bernama

Gempa bumi sederhana gegar Taiwan

TAIPEI: Gempa bumi dengan magnitud 5.3 mengegarkan timur Taiwan hari ini tetapi tiada laporan segera berhubung kemalangan jiwa atau kerosakan.

Gempa bumi pada jam 10.42 pagi itu berpusat di 37.1 kilometer (km) ke barat daya Hualien di pantai timur negara itu dan pada kedalaman 14 km, kata Biro Cuaca Pusat dalam satu kenyataan.

Agensi Bomba Kebangsaan berkata tiada laporan segera mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di Taipei.

Gempa bumi terburuk dalam sejarah Taiwan berlaku pada September 1999 dengan magnitud 7.6 mengakibatkan 2,400 orang maut dan menrosakkan 50,000 bangunan. - Reuters

Hanya 170,000 mayat mangsa gempa dikebumi: Haiti

TITANYEN, Haiti: Kerajaan Haiti berkata ia mengebumikan 170,000 mayat dalam kubur besar sejak gempa bumi pada 12 Januarui lalu.

Menurut Kementerian Penerangan Haiti, kenyataan daripada Presiden Rene Preval bahawa 270,000 mayat dikebumikan mengandungi kesilapan menaip dan bilangan sebenar adalah 170,000.

Tidak jelas sama ada kerajaan Haiti masih percaya 230,000 orang terbunuh dalam gempa bumi itu, iaitu bilangan yang diumumkan Selasa lalu.

Kenyataan Preval Rabu lalu menyatakan 170,000 mayat dikebumikan segera tetapi ia tidak mendakwa itu adalah jumlah keseluruhan. - AP