KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara UMNO dan PAS.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata ini kerana usaha untuk menyatupadukan orang Melayu dan Bumiputera Islam bukan hanya terletak pada satu badan sahaja.
"Apa pun, saya menghargai kalau ada pihak-pihak yang katanya bersedia sama ada menjadi orang tengah, menjadi fasilitator untuk mempermudahkan usaha-usaha ini. "Jadi kalau mufti ke, bekas mufti ke, saya fikir mereka ini boleh berperanan, begitu juga banyak pihak-pihak yang lain (seperti) pemimpin Melayu, Bumiputera dan Islam...kalau mereka sanggup untuk tampil membantu proses mewujudkan persefahaman ini, saya fikir kita harus alu-alukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar, di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti berkenaan.
Harussani berkata beliau bagaimanapun menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak. - BERNAMA
Sunday, July 18, 2010
Muhyiddin alu-alukan pihak yang mahu jadi perantara
Posted by Irwan at 6:24 PM 0 comments
Labels: berita
Saturday, July 17, 2010
Kepelbagaian Melayu cabaran baru dihadapi UMNO
KANGAR: Kepelbagaian Melayu adalah antara cabaran baru yang perlu dihadapi UMNO bagi memastikan parti itu terus kukuh di atas landasannya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata antara kepelbagaian Melayu itu termasuk wujudnya golongan "Melayu liberal" dan "Melayu alat."
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bimbang jika cabaran itu tidak ditangani segera, ia akan menimbulkan masalah kepada parti dan orang Melayu.
Katanya, sikap golongan Melayu liberal bukan sahaja merugikan bangsa sendiri, tetapi ada di antara mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih.
"Mereka (Melayu liberal) anggap perjuangan Melayu sebagai sudah ketinggalan zaman," katanya sambil menambah bahawa golongan itu tidak memikirkan masa depan bangsa sendiri kerana telah menikmati kehidupan yang selesa.
Beliau berkata Melayu alat pula adalah golongan yang sering terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu sehingga mudah diperalat tanpa memikirkan masa depan negara dan bangsa.
Mohd Puad berkata jika orang Melayu begitu mudah diperalat oleh mana-mana pihak yang ingin melihat kehancuran, ia akan menjadi ancaman kepada UMNO.
Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu bergerak di atas semangat perjuangan yang tinggi dan berterusan.
"Saya lebih suka menyebut moto "perjuangan" bagi UMNO kerana ia lebih sesuai dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini", katanya yang mengaku taksub kepada perjuangan murni parti itu.
Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar dalam ucapannya berkata, UMNO perlu menjadi juara kepada perpaduan bagi menjana kemakmuran negara serta keharmonian rakyat berbilang kaum dan ia perlu menjadi contoh perpaduan itu. - BERNAMA
Posted by Irwan at 8:32 PM 0 comments
Rakyat lebih rasional terima pengurangan subsidi bahan api, gula
IPOH: Rakyat dan pelbagai pihak di sektor ekonomi dilihat lebih rasional dan bersedia menerima langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api dan gula, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Maklum balas sejak dilaksanakan nampak positif daripada semua pihak terutama dari rakyat apabila pihak media menunjukkan perbandingan harga dengan negara lain.
"Walaupun dikurangkan subsidi, harga produk itu masih rendah berbanding negara jiran dan ini membuka pengetahuan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis doa selamat dan perasmian pecah tanah pasar Manjoi di Tapak Pasar Manjoi, pagi ini.
Posted by Irwan at 8:31 PM 0 comments
Labels: berita
Pembinaan kampus baru universiti perlu manfaatkan rakyat: Khaled
PASIR GUDANG: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata pembinaan mana-mana kampus universiti baru di negara ini perlu memberi kesan dan faedah kepada semua pihak.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis perasmian pecah tanah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Posted by Irwan at 8:29 PM 0 comments
Labels: berita