KEREM SHALOM CROSSING, Israel: Israel mengendurkan sekatan terhadap Gaza membabitkan hampir semua barangan pengguna daripada bahan pencuci kepada kayu yang disekat sebelum ini.
Namun, disebabkan Israel akan terus menyekat perjalanan dan eksport dan mengehadkan import bahan binaan yang amat diperlukan, peraturan baru itu tidak mungkin memulihkan ekonomi wilayah itu yang musnah sejak peperangan tahun lalu.
Rumah Putih mengalu-alukan perubahan itu ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terbang ke Washington untuk pertemuan dengan Presiden Barack Obama.
Peraturan baru itu dibuat berikutan tekanan masyarakat antarabangsa berikutan serangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza akhir bulan lalu. - AP
Tuesday, July 6, 2010
Israel kendurkan sekatan Gaza
Posted by Irwan at 1:46 PM 0 comments
Labels: berita
Rumus fakta sejarah hubungan Melaka-China: Tun Khalil
MELAKA: Sejarawan dan tokoh akademik diminta membuat ketetapan berasaskan fakta sejarah yang tepat mengenai sejarah silam perhubungan antara Kesultanan Melaka dan Empayar China yang bermula pada awal kurun ke-15.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, berkata mereka perlu merumuskan tafsiran sejarah yang tepat mengenai hubungan Melaka dan Empayar China bagi memastikan perbezaan antara fakta atau sekadar rekaan semata-mata, bagi sesetengah perkara.
"Sejarah telah mencatatkan betapa Kerajaan Kesultanan Melaka telah mula menjalin hubungan dengan Kerajaan China semasa Dinasti Ming kira-kira 605 tahun lalu (1405) dan sejarah juga mencatatkan betapa Melaka pada masa itu kerapkali dikunjungi Laksamana Cheng Ho," katanya ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Cheng Ho Asia-Afrika di sini hari ini.
Seminar tiga hari yang dihadiri lebih 300 peserta itu adalah anjuran bersama Perbadanan Muzium Melaka, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Muzium Malaysia, Persatuan Antarabangsa Cheng Ho dan Muzium Budaya Cheng Ho.
Mohd Khalil juga mengajukan pertanyaan kepada peserta seminar sama ada armada Cheng Ho benar-benar singgah di pelabuhan Melaka ketika itu kerana Melaka baru sahaja dibuka.
Oleh itu, beliau berharap melalui seminar itu, ia dapat mengumpul seberapa banyak fakta mengenai sejarah hubungan Kesultanan Melaka dan Empayar China.
Cheng Ho telah menjelajah hampir 30 buah negara dengan 200 kapal bersama 28,000 kelasi dan pelayarannya itu memberi kesan yang mendalam kepada sejarah maritim serta hubungan dua hala dan pertukaran kebudayaan antara China dengan negara yang beliau lawati termasuk Melaka. - BERNAMA
Posted by Irwan at 1:43 PM 0 comments
Monday, July 5, 2010
Jamil Khir sokong kempen didik remaja jaga kesucian diri
NILAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyokong cadangan supaya diadakan kempen mendidik remaja lelaki dan perempuan menjaga kesucian diri masing-masing sebelum berumahtangga.
Katanya, selama ini sudah banyak kempen dan seruan ditujukan kepada masyarakat secara umum dan adalah lebih baik jika diadakan satu kempen yang menjurus kepada golongan spesifik iaitu remaja dan pelajar sekolah.
"Kita setuju kempen itu digerakkan, cuma kempen ini tidak boleh dihentikan begitu sahaja ia perlu membabitkan golongan agama," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah golf amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di sini hari ini.
Jamil Khir berkata, bukan semua masalah keruntuhan akhlak remaja harus dipersalahkan kepada ibubapa kerana keluarga sudah melakukan yang terbaik.
"Ada ibubapa yang telah menghantar dan mengambil anak mereka dari pintu pagar sekolah lagi tetapi masalah akan timbul dalam keadaan remaja mengambil tindakan sendiri ketika di luar kawalan ibubapa mereka.
"Saya bimbang dengan peningkatan kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi tetapi masalah itu tidak harus diletakkan pada bahu ibubapa, guru atau pakar kaunseling sahaja," katanya. - BERNAMA
Posted by Irwan at 9:21 PM 0 comments
Labels: berita
Sesi meja bulat bincang UPSR, PMR pada 19 dan 27 Julai
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.
"Rumusan perbincangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos ini," kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, perbincangan meja bulat yang pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.
"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini," katanya.
Katanya, beliau berharap pandangan menyeluruh berkaitan dengan pemansuhan UPSR dan PMR dari setiap lapisan masyarakat akan dapat dihasilkan melalui perbincangan meja bulat itu.
"Pemantauan terhadap pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dilakukan oleh pihak kementerian dan buat masa ini banyak pandangan serta pendapat sudah dikumpulkan dan ini akan diambil kira semasa perbincangan meja bulat," katanya.
Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my. - BERNAMA
Posted by Irwan at 9:20 PM 0 comments
Labels: berita