Followers

Thursday, June 17, 2010

Amaran angin kencang, laut bergelora di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di perairan utara Semenanjung bermula esok sehingga Selasa depan.
Menurut kenyataan jabatan itu angin kencang barat laut dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer (km) sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Langkawi, Perlis, utara Kedah, Phuket serta Condore.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil serta kegiatan rekreasi dan sukan laut, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 3

ALVARO Pereira (kanan), menyumbat gol ketiga Uruguay, melepasi penjaga gol Afrika Selatan, Moeneeb Joseph, dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto Reuters

PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.
Gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada masa kecederaan, iaitu minit ke-95.

Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.

Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010.

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 1 (separuh masa pertama)

PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (kiri), cuba melepasi pemain tengah Afrika Selatan, Teko Modise (kanan), dalam perlawanan Kumpulan A, separuh masa pertama, Kejohanan Bola sepak Piala Dunia, di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (kiri), cuba melepasi pemain tengah Afrika Selatan, Teko Modise (kanan), dalam perlawanan Kumpulan A, separuh masa pertama, Kejohanan Bola sepak Piala Dunia, di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang kaki kanan dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.

Wednesday, June 16, 2010

Reid julang imej New Zealand

RUSTENBURG: Winston Reid muncul wira dengan tandukan padu yang menerjah gawang lawan pada masa kecederaan ketika membantu New Zealand mengikat Slovakia 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F, Piala Dunia, malam tadi.
Shane Smeltz melakukan hantaran lintang tepat untuk membolehkan Reid tampil menanduk masuk - sekali gus membolehkan New Zealand mengutip mata pertama dalam Piala Dunia selepas gagal memenangi sebarang perlawanan dalam penyertaan sulung pada 1982.
Robert Vittek bagaimanapun memberi pendahuluan buat Slovakia pada minit ke-50 dengan menanduk masuk hantaran Stanislav Sestak.
Vittek kemudian nyaris mengukuhkan kedudukan pasukan pada minit ke-69 menerusi satu serangan balas tetapi penjaga gol, Mark Paston cepat menutup ruang menyelamatkan pintu gol.

“Saya fikir perlawanan pembukaan adalah kesempatan terbaik mendapat sesuatu dan saya amat kecewa sekiranya tewas dengan jaringan sebegitu,” kata jurulatih New Zealand, Ricki Herbet.

Empat pasukan dalam kumpulan itu masing-masing mengutip satu mata selepas Itali dan Paraguay juga terikat 1-1 dalam perlawanan awal pagi semalam.

Bagaimanapun, New Zealand dan Slovakia dianggap orang luar di Afrika Selatan.
Selepas aksi ini mereka dijangka berdepan kesukaran untuk menentang dua lagi lawan gaga dalam kumpulan berkenaan - AP