PUTRAJAYA 5 Mei - Satu kematian dilaporkan hari ini akibat jangkitan virus influenza A H1N1, membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.
Lelaki tanpa sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam dan batuk selama enam hari sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak pada 27 April lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kematian terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat A H1N1 dalam negara ialah 82 orang.
Sementara itu lapan kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di lima negeri iaitu di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
Di Kuala Lumpur, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Utara Taman Shamelin Perkasa dan SK Taman Midah Cheras manakala di Negeri Sembilan pula membabitkan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ulu Pari, Rembau serta sebuah keluarga di Taman Gemas Indah, Gemas.
Di Melaka pula membabitkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Key Seng Bukit Baru dan di Johor dilaporkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Johor dan Klinik Kesihatan Batu Pahat.
Satu kes yang dilaporkan di Selangor membabitkan Sekolaha Agama Bersepadu Kota Damansara. - Bernama
Wednesday, May 5, 2010
Satu kematian akibat H1N1 dilapor hari ini
Posted by Irwan at 3:31 PM 0 comments
Satu kematian akibat H1N1 dilaporkan hari ini
PUTRAJAYA: Satu kematian dilaporkan hari ini, akibat jangkitan virus influenza A(H1N1), membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, hari ini.
Lelaki tanpa sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam dan batuk selama enam hari sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak pada 27 April lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dalam negara ialah 82 orang.
Sementara itu lapan kejadian kelompok Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di lima negeri iaitu di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
Di Kuala Lumpur, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Utara Taman Shamelin Perkasa dan SK Taman Midah Cheras manakala di Negeri Sembilan pula membabitkan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ulu Pari, Rembau serta satu keluarga di Taman Gemas Indah, Gemas.
Di Melaka pula, ia membabitkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Key Seng Bukit Baru dan di Johor dilaporkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Johor dan Klinik Kesihatan Batu Pahat.
Satu kes yang dilaporkan di Selangor membabitkan Sekolah Islam Bersepadu Kota Damansara.
Dr Mohd Ismail berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes ILI yang masih dirawat di dalam wad seluruh negara 538 kes dan daripada jumlah itu 46 kes disahkan H1N1, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai enam kes.
Beliau seterusnya mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan kerana penularan jangkitan H1N1 masih aktif di dalam komuniti. - Bernama
Posted by Irwan at 3:04 PM 0 comments
Indonesia lelong harta karun berupa emas, berlian petang ini
JAKARTA - Kerajaan Indonesia akan tetap menjalankan lelongan harta karun termasuk emas, berlian dan barangan seramik yang ditemui di dalam kapal yang tenggelam pada abad ke-10 di perairan Ceribon, Jawa Barat.
Pegawai Kementerian Wilayah Kelautan Indonesia, Ansori Zawawi berkata, lelong itu akan tetap dijalankan pada pukul 2 petang waktu Indonesia Barat, walaupun setakat ini tiada pihak yang membayar deposit ditetapkan iaitu kira-kira RM51 juta.Kerajaan Indonesia berharap mendapat pendapatan kira-kira RM257 juta daripada hasil lelongan harta karun yang ditemui pada tahun 2004 itu. – Utusan
Posted by Irwan at 1:09 PM 0 comments
Labels: berita
Menteri Kewangan Indonesia letak jawatan, sertai Bank Dunia
JAKARTA: Bank Dunia mengumumkan hari ini, pelantikan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati sebagai pengarah urusannya. Laporan media dan sumber yang rapat kepada menteri itu, berkata beliau meletakkan jawatan daripada kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, tetapi masih belum ada pengesahan daripada Indrawati sendiri. Bank Dunia dalam kenyataannya, berkata ahli ekonomi dan bekas pegawai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pernah membimbing ekonomi terbesar Asia Tenggara berdepan dengan kegawatan ekonomi global dan diberikan penghormatan daripada rakan sejawatannya seluruh dunia. - AFP
Posted by Irwan at 1:08 PM 0 comments