KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 hasil karya pelajar seluruh negara yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipamerkan sempena Pameran Hasil Karya Seni Visual bertema "Seni Visual Membantu Kreativiti Dan Inovasi" sepanjang April ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini pelbagai, karya yang terdiri daripada batik, tenun, arca tembikar catan dan reka bentuk akan dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 8 pagi hingga 5 petang.
Program anjuran bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan UPSI itu bagi mempamerkan hasil karya terpilih yang mempunyai nilai tertinggi daripada segi bahan, teknik dan proses penghasilan.
Program itu juga memberi pendedahan kepada calon STPM untuk memelihara dan menilai karya yang dihasilkan selain memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan hasil karya pelajar dari seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia melalui talian 03-6136 9663 sambungan 2614/2608/2702 atau 05-450 6702/012-931 0431. - Bernama
WASHINGTON: Menjelang pegumuman strategi baru nuklear, Presiden Barack Obama memberitahu The New York Times semalam beliau bercadang mengurangkan secara drastik keadaan yang mana Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan senjata nuklear.
Dalam satu temubual, Obama berkata beliau akan membuat pengecualian untuk “negara terpencil seperti Iran dan Korea Utara" tetapi strategi baru beliau itu bertujuan menghapuskan kesamaran Perang Dingin berhubung keadaan mana senjata berkenaan boleh digunakan.
Obama akan mengumumkan strateginya hari ini menjelang persidangan utama nuklear di Washington minggu depan dan dua hari sebelum Rusia dan AS memeterai perjanjian untuk mengurangkan sebanyak satu per tiga simpanan senjata nuklear jarak jauh masing-masing.
The New York Times melaporkan Obama komited untuk tidak menggunakan senjata nuklear terhadap negara bukan kuasa nukear sejajar pematuhan Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear walaupun mereka melancarkan senjata biologi atau kimia atau serangan siber terhadap AS.
“Saya akan mengekalkan segala perkakas yang perlu untuk menjamin keselamatan seluruh rakyat Amerika," katanya pada temua bual di Oval Office itu.- AFP
KERAJAAN memperuntukkan RM1.24 bilion tahun ini bagi menaja 1,500 pelajar yang melanjutkan pelajaran di bidang kritikal, termasuk perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan menerusi Program Ijazah Luar Negara (PILN).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu diperuntukkan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata program itu bertujuan menyediakan biasiswa berprestij untuk pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.
"Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa depan.
“Pelajar yang berjaya akan mengikuti kursus di pusat persediaan dalam negara untuk tempoh tertentu bergantung kepada program yang diikuti sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan kerajaan.
"Pelajar dikehendaki sentiasa mencapai tahap kecemerlangan ketika peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara," katanya di sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri yang mewakili negara dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 bermula hari ini, berkata permohonan untuk menyertai program itu dibuka melalui laman web JPA mulai 11 Mac lalu.
Katanya, PILN ditawarkan mengikut empat kategori, iaitu populasi kaum (60 peratus), kecemerlangan akademik (20 peratus), Bumiputera Sabah dan Sarawak (10 peratus) serta golongan ‘socially disadvantaged’ (10 peratus).
Kriteria pemilihan calon bagi kategori populasi kaum adalah berdasarkan 75 peratus akademik, 10 peratus kokurikulum, 10 peratus sosio-ekonomi dan bakinya melalui temu duga, manakala kategori kecemerlangan akademik berdasarkan 85 peratus akademik, 10 peratus kokurikulum dan bakinya temu duga.
Kategori Bumiputera Sabah dan Sarawak serta socially disadvantaged pula berdasarkan 65 peratus akademik, lima peratus kokurikulum, 25 peratus sosio-ekonomi dan bakinya temu duga.
Bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi, tempat yang disediakan melalui PILN, termasuk di Australia, New Zealand, India, Republik Czech serta Poland dan program berkembar di Penang Medical College, Melaka Manipal College dan International Medical University, manakala kejuruteraan pula di Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.
Muhyiddin berkata, JPA juga akan terus menaja pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara melalui Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) pada peringkat Ijazah Pertama yang memberi fokus kepada bidang kritikal termasuk perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta bidang sains sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.
Katanya, penajaan biasiswa melalui PIDN membabitkan 1,900 pelajar yang tidak berpeluang menyertai PILN berikutan persaingan yang terlalu sengit.
Beliau berkata, pelajar berkenaan diberi peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) dan kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology.
Muhyiddin berkata, kerajaan tetap memberi penajaan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan bagi menyokong usaha memartabatkan IPT tempatan sebagai pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembelajaran.
"Selaras dengan hasrat itu sebanyak 100 penajaan disediakan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2009 yang memilih mengikuti pengajian di empat universiti penyelidikan termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
"Mereka akan diberi kadar elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar Biasiswa Persekutuan sedia ada dalam negara," katanya.
Berikutan itu, kerajaan juga memperuntukkan perbelanjaan RM1.2 bilion bagi menaja pelajar melalui PIDN tahun ini.
Muhyiddin berkata, bagi biasiswa PILN JPA menerima 18,844 permohonan dan daripada jumlah itu 10,114 permohonan diterima dari kalangan calon yang melepasi gred minimum kelayakan
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu masyarakat mengambil langkah pencegahan influenza A(H1N1), termasuk membuat pemeriksaan dan memakai topeng muka di tempat awam.