Followers

Monday, December 14, 2009

Mara peruntuk RM230 juta bantu kembang perniagaan Bumiputera

LANGKAWI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengeluarkan pinjaman lebih RM230 juta kepada 5,227 usahawan Bumiputera seluruh negara bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, berkata bagaimanapun jumlah itu tidak cukup bagi membiayai keseluruhan permohonan pinjaman yang sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.

"Walaupun Mara terpaksa menghadkan jumlah pembiayaan disebabkan masalah peruntukan, program membantu usahawan Bumiputera tetap diteruskan menerusi pelbagai sumber lain, malah proses kelulusan turut dipercepatkan.

"Antara sumber pembiayaan Mara adalah menerusi kutipan semula pembiayaan yang dikeluarkan kepada usahawan kecil," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Mara (Aura) 2009 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Datuk Othman Ahmad.

Hassan berkata, daripada pembiayaan itu, Mara turut mensasarkan melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mengaplikasi kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) seperti dikehendaki Kementerian Kerjaraya.

"Keputusan kerajaan untuk mewajibkan 70 peratus pembinaan negara menggunakan IBS adalah peluang baru bagi usahawan Bumiputera untuk menceburi perniagaan bersesuaian yang boleh memberi keuntungan berganda.

"Kalau tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan berasaskan IBS, datanglah berjumpa Mara, cuma jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit dan sentiasa bersikap proaktif untuk membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

Syarikat insurans bayar pampasan pesakit meninggal akibat H1N1

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans akan membayar pampasan kepada waris terdekat pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat penyakit Influenza A (H1N1), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika pemegang polisi insurans hayat yang meninggal dunia disebabkan virus A H1N1, syarikat berkenaan akan memberi pampasan seperti mana yang disyaratkan.

"Syarikat insurans akan membayar pampasan seperti disyaratkan dalam polisi insurans hayat yang berkenaan.

"Syarikat insurans tidak akan membezakan tuntutan kematian akibat penyakit A H1N1 daripada mana-mana tuntutan kematian yang lain, tidak ada bezanya, masih boleh" katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu pada persidangan Dewan Negara di sini.

Empiang bertanya sama ada terdapat pembayaran pampasan kepada anggota keluarga terdekat pemegang-pemegang insurans hayat yang meninggal dunia akibat wabak H1N1 dan sama ada pampasan itu mengikut kadar terkandung di dalam polisi insurans hayat pemegang. - Bernama

Mara peruntuk RM230 juta bantu kembang perniagaan Bumiputera

LANGKAWI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengeluarkan pinjaman lebih RM230 juta kepada 5,227 usahawan Bumiputera seluruh negara bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, berkata bagaimanapun jumlah itu tidak cukup bagi membiayai keseluruhan permohonan pinjaman yang sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.

"Walaupun Mara terpaksa menghadkan jumlah pembiayaan disebabkan masalah peruntukan, program membantu usahawan Bumiputera tetap diteruskan menerusi pelbagai sumber lain, malah proses kelulusan turut dipercepatkan.

"Antara sumber pembiayaan Mara adalah menerusi kutipan semula pembiayaan yang dikeluarkan kepada usahawan kecil," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Mara (Aura) 2009 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Datuk Othman Ahmad.

Hassan berkata, daripada pembiayaan itu, Mara turut mensasarkan melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mengaplikasi kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) seperti dikehendaki Kementerian Kerjaraya.

"Keputusan kerajaan untuk mewajibkan 70 peratus pembinaan negara menggunakan IBS adalah peluang baru bagi usahawan Bumiputera untuk menceburi perniagaan bersesuaian yang boleh memberi keuntungan berganda.

"Kalau tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan berasaskan IBS, datanglah berjumpa Mara, cuma jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit dan sentiasa bersikap proaktif untuk membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

PNB umum dividen ASB 7.30 sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.

Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.

PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.