VIENTIANE: Perenang negara, Siow Yi Ting memberikan emas kedua Malaysia menerusi 200 meter rampaian individu wanita, sebentar tadi.
Beliau turut memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan Sea apabila mencatat masa 2:14.57s.
VIENTIANE: Perenang negara, Siow Yi Ting memberikan emas kedua Malaysia menerusi 200 meter rampaian individu wanita, sebentar tadi.
Beliau turut memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan Sea apabila mencatat masa 2:14.57s.
Posted by Irwan at 9:35 PM 0 comments
VIENTIANE: Pakar taekwondo wanita Che Chew Chan meraihkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Sea Laos dengan menumpaskan Nguyen Ha Thi dari Vietnam dalam pertandingan akhir kategori bawah 73 kilogram di Gimnasium Booyong di Pusat Universiti Kebangsaan. - Bernama
Posted by Irwan at 9:34 PM 0 comments
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata ramai lagi individu akan didakwa berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) walaupun tiga orang sudah didakwa setakat ini.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi, Abdul Gani berkata seorang lagi individu akan didakwa pada Isnin depan di Mahkamah Sesyen Klang.
Malah, katanya, siasatan akan diteruskan bagi mendakwa sesiapa saja individu lain termasuk ahli politik yang disyaki terbabit dalam skandal itu.
Petang tadi, Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM254.8 juta berhubung projek PKFZ.
Turut didakwa, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee, atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM5.417 juta.
Tan turut didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membuat tuntutan palsu bernilai RM122.267 juta.
Posted by Irwan at 9:33 PM 0 comments
Labels: berita
KUALA LUMPUR: Insiden kes ancaman siber yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Siber99 meningkat 87 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Perangkaan itu dikumpul oleh Jabatan MyCert, CyberSecurity Malaysia.
Jumlah kes yang dikendalikan oleh Jabatan Forensik Digital, turut meningkat 17 peratus kepada 304 kes berbanding 260 dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Perangkaan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dalam ucapan penutupan program Latih Amal Krisis Siber X Maya 2 selama dua hari mulai semalam di Seri Kembangan di sini.
"Oleh itu, usaha bagi mempertingkat keselamatan siber haruslah diberi perhatian serius oleh semua pihak," katanya.
Fadillah berkata, pakar keselamatan siber turut memberi amaran mengenai wujudnya arah aliran serangan siber ke atas infrastruktur kritikal oleh kumpulan jenayah terancang, kumpulan pengganas dan ejen musuh yang bermotifkan wang, politik dan kepentingan strategik.
"Senario ancaman begini membimbangkan kerana sekiranya ancaman siber ini berlaku dalam sektor prasarana maklumat kritikal negara, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap keselamatan negara," katanya. - Bernama
Posted by Irwan at 9:33 PM 0 comments
Labels: berita