Followers

Wednesday, November 11, 2009

Malaysia beri kontrak kepada China bina landasan kereta api berkembar Gemas-JB

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini bersetuju memberikan kontrak pembinaan landasan kereta api berkembar dari Gemas ke Johor Bahru kepada kontraktor negara China, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai hasil rundingan dengan Presiden China, Hu Jianto di sini, pagi ini.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama Hu, di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pemimpin China itu yang sampai ke Malaysia semalam adalah dalam rangka lawatan rasmi dua hari.

Keputusan ganti helikopter Nuri masih belum muktamad

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan untuk memuktamadkan perolehan helikopter utiliti bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan berpandangan bahawa proses ke arah perolehan helikopter utiliti berkemampuan "mencari dan menyelamat" (SAR) ini masih dalam pertimbangan.

"Pertimbangan ini, meliputi semua aspek termasuk kedudukan ekonomi negara supaya helikopter yang bakal diperoleh kelak menepati keperluan keupayaan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan sistem pertahanan negara sentiasa dikemas kini serta status pembelian helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri dan sistem lama yang lain.

Pada September tahun lalu, Kementerian Pertahanan bersetuju untuk mendapatkan 12 helikopter Eurocopter EC 725 bernilai RM1.6 bilion bagi menggantikan helikopter Nuri.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudian menangguhkan pembelian selepas pemilihan EC725 menimbulkan kontroversi pelbagai pihak.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), mengenai tempoh hayat operasi Nuri, Abdul Latiff berkata, sebanyak 28 helikopter Nuri kini masih lagi mampu beroperasi sehingga 2015 berikutan penyelenggaraan yang baik dan kerap dilakukan.

"Kerajaan memang sedar bahawa Nuri mempunyai keupayaan terhad bagi melaksanakan operasi SAR terutamanya pada waktu malam kerana ia tidak dilengkapi dengan kanta mata penglihatan malam.

"Tetapi, hasil penyelenggaraan yang mantap dan baik yang diuruskan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Nuri masih mampu menjalankan tugas utiliti dengan baik sehingga 2015. Sebab itu kerajaan tidak terlalu terburu-buru," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Tan bertanya sama ada kerajaan bercadang membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng kembali ke Malaysia, Abdul Latiff berkata, Chin Peng masih menjadi ancaman kepada negara.

"Ini kerana ketika perjanjian damai antara kerajaan dengan komunis di Selatan Thailand pada 1989, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu tidak menandatangani persetujuan untuk meletak senjata.

"Hanya parti komunis saja yang bersetuju meletak senjata tetapi Chin Peng yang mengetuai penentangan bersenjata enggan berbuat demikian, menyebabkan sehingga sekarang dia masih disenaraikan sebagai musuh negara," katanya. - Bernama

New York tangguh rang undang-undang kahwin sesama jantina

NEW YORK: Dewan Senat New York semalam menangguhkan undian pembentangan rang-rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jantina.

“Undian itu tidak berlangsung, mereka masih berbincang mengenainya," kata jurucakap Senat negeri.

Gebenor New York, David Paterson meminta dewan tertinggi iaitu Senat negeri untuk mengadakan undian bagi membenarkan lelaki gay berkahwin.

Rang undanguUndang itu diluluskan di Dewan Rendah pada Mei lalu, tetapi menjadi pertikaian ketika dibentangkan di Dewan Senat.

Tiada tarikh baru bila rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan semula di Senat New York.

Isu berkenaan dibangkitkan di New York, sehari selepas Maine mengundi terhadap satu referendum mengenai undang-undang yang membenarkan lelaki gay berkahwin sesama mereka, Mei lalu.

Maine adalah negeri ketiga selepas California dan Hawaii di Amerika Syarikat yang mahu supaya undang-undang sama yang sebelum ini diluluskan supaya dikaji semula.

Setakat ini, lima negeri dalam usaha membenarkan sesama jantina berkahwin sama ada menerusi keputusan mahkamah atau undian di dewan undangan negeri.

Negeri berkenaan ialah Connecticut, Iowa, Massachusetts dan Vermont.

New Hampshire akan membenarkan lelaki gay berkahwin bermula Januari depan. - AFP

Malaysia-China setuju tingkat perdagangan, pelaburan dua hala

PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala, terutama dalam bidang minyak kelapa sawit dan kayu-kayan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hasil perbincangannya bersama Presiden China, Hu Jintao, di sini, pagi ini. - Bernama