Followers

Wednesday, November 11, 2009

China-Malaysia setuju terokai bidang pertumbuhan baru: Hu Jintao

PUTRAJAYA: Presiden China, Hu Jintao berkata China dan Malaysia berpuas hati dengan kecepatan hubungan dua hala dan bersetuju bersama-sama menerokai bidang-bidang baru untuk pertumbuhan dan kejayaan baru.

Ia dinyatakan dalam sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, pagi ini. - Bernama

Hari ni hujan yang turun bagai kan menyejukkan muka bumi yang panas. Saban hari hujan turun membawa rahmat dari Illahi. Macam juga dengan perasaan. Macam dalam lagu "Antara Hujan dan AirMata - Sudirman".

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir Yang membakar hidupku
ohh.. hujan,
di antara airmataku,

menitis laju bersama pilu-pilu,
ku cuba menghapuskan kenangan waktu silam,
namun bertambah membara rindu
yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
ooh..
Kasih Semakin ku cuba Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
ooh.. Kasih

Presiden China tiba untuk lawatan dua hari

SEPANG: Presiden China, Hu Jintao, tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan dua hari.

Ketibaan beliau bersama isteri, Liu Yongqing, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.30 petang tadi disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Hu kemudian berlepas ke dataran Parlimen untuk diberi sambutan rasmi sebelum mengunjungi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Malam ini beliau akan diraikan dalam satu majlis jamuan negara dan pagi esok pemimpin China itu akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya.

Beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani sempena lawatan itu.

Hu dijadual berlepas ke Singapura pada 4.30 petang esok. - Bernama

Khalid Samad akui silap dedah wujud amalan baiah taklik dalam Pas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mengakui kesilapan mengesahkan amalan baiah atau sumpah taat dengan taklik talak tiga yang memberi kesan kepada wakil rakyat Pas.

Bagaimanapun, beliau enggan menarik balik kenyataannya itu.

"Dengan itu, isu tersebut saya anggap selesai dan tidak berbangkit lagi. Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan baiah kerana ia antara saya dengan Allah.

"Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, akhbar melaporkan Khalid sebagai berkata semua wakil rakyat Pas perlu membuat baiah dan bertaklik menceraikan isteri mereka dengan talak tiga sekiranya mereka memilih untuk berhenti atau keluar daripada parti.

Katanya, itu adalah sebagai janji untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada parti.

Khalid bagaimanapun menggesa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik balik kenyataan beliau Ahad lalu bahawa terdapat isteri wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis baiah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

"Beliau tidak ada di dalam majlis, jadi dia mesti hormat majlis. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu," katanya.

Sementara itu, Zulkifli yang ditemui berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu.

"Saya bukan tidak setuju dengan baiah...tetapi baiah yang menuntut cerai taklik ini tidak dibenarkan. Dalam undang-undang Inggeris pun, dia menyebut mana-mana orang yang berkontrak, tidak boleh membabitkan orang lain dalam perjanjian itu.

"Pas patut besar diri dengan mengakui kesilapan secara terbuka. Saya percaya pegangan Islam masih ada dalam Pas. Saya tak perlu buat apa-apa (menarik kenyataan). Dia yang buat kenyataan tanpa ada orang yang suruh kemudian tuding jari kepada orang lain. Ini tidak menunjukkan sikap yang Islamik.

"Amalan baiah ini pada zaman Nabi pun ada. Tapi tidaklah buat baiah yang memabbitkan orang lain atau menjadikan isteri dan anak-anak sebagai mangsa. Khalid seronoklah boleh kahwin lain," katanya. - Bernama