Followers

Monday, October 12, 2009

BN ikrar tingkat kerjasama parti komponen

GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) berikrar untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara parti komponennya di Pulau Pinang bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat di negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pemimpin BN di peringkat negeri itu bersetuju untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada bagi mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang.

"Kita (BN) berjanji untuk terus memperbaiki kedudukan dan mengutamakan khidmat bakti untuk rakyat selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

"InsyaAllah kita akan menampilkan kesungguhan dalam mendapatkan sokongan padu di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin parti komponen lain.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pemimpin BN Pulau Pinang juga bertekad akan menggerakkan segala program untuk rakyat secara bersungguh-sungguh dengan berasaskan konsep dan semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia itu mendapat sambutan menyeluruh di kalangan masyarakat berbilang kaum dan ia juga antara penyumbang kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Ini meyakinkan kita gagasan itu kini dapat diterima segenap lapisan rakyat terutama masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang," katanya.

Najib berkata, selain usaha BN negeri, program seumpama itu yang dirancang di peringkat kerajaan akan diteruskan.

"Perubahan dasar, program dan fokus baru (yang sedang dilaksanakan) dapat diterima dengan baik oleh rakyat.

"Kita percaya jika BN dapat bergerak dengan semangat baru maka kita akan berjaya dapat sokongan lebih baik di kalangan rakyat," katanya. - Bernama

Kemenangan tiup semangat baru BN: Najib

GEORGETOWN: Kemenangan besar Barisan Nasional di Bagan Pinang meniup semangat baru di kalangan ahli parti di semua peringkat untuk terus berjuang mencapai kejayaan lebih besar lagi pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mmengadakan pertemuan tertutup dengan BN Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2010

Keputusan kelayakan Piala Dunia 2010

Amerika Selatan

Bolivia 2 Brazil 1

Afrika

Nigeria 1 - Mozambique 0

Tunisia 1 - Kenya 0

Algeria 3 - Rwanda 1

Benin 1 - Ghana 0

Mali 1 - Sudan 0

Burkina Faso 2 - Guinea 1

Kabinet iktiraf 12 Mei Hari Jururawat

SERI KEMBANGAN: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Kabinet baru-baru ini memutuskan untuk mengiktiraf 12 Mei setiap tahun sebagai Hari Jururawat peringkat kebangsaan.