Followers

Sunday, April 12, 2009

Misteri UFO di Britain


Imej empat objek menyerupai piring terbang (dalam bulatan) dilihat di ruang angkasa London.

London umum butiran penemuan objek tidak dikenali yang disaksikan penduduk

ANTARA misteri yang masih belum terlerai sehingga ke hari ini adalah kewujudan objek tidak dikenali atau UFO.

Malah, dakwaan kemunculan kelibatnya dalam bentuk piring terbang, terus dilaporkan hampir setiap tahun di serata dunia, khususnya di negara Barat yang sememangnya mempunyai kumpulan pemantau aktiviti ini.

Terbaru, kerajaan Britain minggu lalu mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu.

Tindakan kerajaan Britain itu hanya membangkitkan semula teka teki mengenai kewujudan UFO ini, bukan saja oleh rakyatnya malah penduduk negara lain yang sememangnya berminat dengan misteri di sebalik kewujudan piring terbang serta makhluk yang mengemudi pesawat berkenaan.

Persoalannya apakah benar UFO ini wujud? Soalan itu sukar dijawab tetapi sekurang-kurangnya beberapa catatan didedahkan kerajaan Britain itu, boleh dijadikan alasan yang mengaitkan kewujudan UFO itu.



Catatan kejadian UFO yang dikesan itu turut membabitkan beberapa penemuan yang mendapat publisiti meluas media, tetapi belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Biarpun kebanyakannya disenaraikan sebagai ‘misteri akibat fenomena semula jadi’ tetapi ada beberapa insiden didakwa mencetuskan kebimbangan kepada Kementerian Pertahanan Britain yang bertindak melancarkan siasatannya sendiri.

Ini termasuk satu insiden yang berlaku pada 1990 di Scotland yang mana ramai saksi mendakwa melihat piring terbang serta kehadiran beberapa pesawat tentera. Malah imej yang dilihat sekurang-kurangnya tiga lelaki itu sempat dirakam akhbar Daily Record yang mengemukakannya kepada kementerian berkenaan. Saksi mendakwa ia berlegar-legar kira-kira 10 minit pada waktu siang dekat kawasan Calvine, utara Pitlochry pada 4 Ogos, 1994.

Pada waktu sama, kata saksi, beberapa jet pejuang tentera turut kelihatan melintasi kawasan itu sebelum tiba-tiba hilang. Hasil analisis gambar itu mengenal pasti pesawat berkenaan sebagai jet pejuang Harier milik tentera udara. Namun, anehnya, ia tidak beroperasi pada waktu kejadian.

Misteri itu menyebabkan Menteri Pertahanan ketika itu, Sir Archie Hamilton menyuarakan kebimbangan kerana membabitkan bukti jet Harier yang kelihatan jelas dalam negatif filem yang dirakam saksi. Setahun selepas kejadian, kementerian mengarahkan pakar menghasilkan lakaran UFO yang menepati gambaran saksi berkenaan. Bagaimanapun, usaha itu dilakukan secara rahsia dan hanya membabitkan pegawai tertentu atas alasan ia menyentuh perkara amat sensitif.

OBJEK menyerupai piring terbang dilihat dari udara kota London.

Satu lagi kejadian yang disiasat kerajaan, membabitkan dakwaan seorang wanita kononnya beliau dihampiri seorang makhluk asing menyerupai manusia ketika melalui kawasan sunyi di pedalaman Norfolk. Mereka sempat bersembang selama 10 minit. Wanita yang dirahsiakan identitinya itu disiasat pihak berkuasa yang menyenaraikan kes itu sebagai antara kes ‘luar biasa.’

Kes lain UFO yang mendapat perhatian kerajaan Britain berlaku pada 31 Mac 1993 apabila 100 penduduk di kawasan West Country dan Ireland mendakwa melihat dua objek tidak dikenali yang mengeluarkan cahaya terang, merentasi langit malam. Kejadian itu juga, seperti kes lain, masih menjadi misteri yang belum terungkai sehingga ke hari ini.

Apa yang pasti, kes yang diumumkan kerajaan Britain minggu lalu bukanlah catatan kecil misteri UFO yang belum terjawab, tetapi membuktikan kemunculannya masih lagi wujud, selaras peredaran masa.

Hakikatnya, memang sukar difahami bagaimana kecanggihan teknologi masa kini masih sukar menelah atau merungkai misteri di sebalik piring terbang atau makhluk asing pelbagai rupa seperti didakwa saksi.

Selagi misteri itu belum terjawab, selagi itulah kita akan terus dipaparkan catatan kejadian UFO yang terus menarik perhatian ramai yang mahukan jawapan kesahihan kewujudan makhluk asing itu.

INFO: UFO

  • Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia.

  • Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.

  • Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.
  • Saturday, April 11, 2009

    DCA teliti rakaman objek 'UFO' di Larkin


    EMPAT gambar yang dirakam Zamri Zain di ruang udara Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini menunjukkan objek bercahaya (dalam bulatan) yang didakwa UFO baru-baru ini.

    KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO).

    Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

    "Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru.

    "Radar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

    "Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita," katanya.

    OBJEK yang didakwa UFO (dalam bulatan) dirakam seorang pelancong Australia ketika mengambil gambar permandangan Gunung Jerai di Kedah, pada 2006.

    Kelmarin, seorang pengurus perhubungan awam sebuah institusi pengajian tinggi, Zaid Zain, 43, serta adiknya, Zamri, 30, mendakwa melihat beberapa objek bercahaya hijau dan putih itu berlegar-legar di ruang udara Larkin sejak dua bulan lalu hingga menggemparkan penduduk di situ.

    Zaid berkata, pada awalnya objek itu disangka cahaya bintang, tetapi selang beberapa hari kemudian ia kembali dengan dua tompokan cahaya yang saling bergerak ke kanan dan ke kiri dalam keadaan mendatar.

    Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini.

    "Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima.

    "Biasanya, jika objek berkenaan mendatang kesan negatif kepada penduduk seperti radiasi, kita akan turun padang untuk menemubual saksi dan mengkaji objek terbabit," katanya.

    Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi.

    "UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara," katanya.

    arie nie 2

    Aq terasa boring.. X ada apa2 yg hendak q wat masa nie.. Stdy?? Stdy leh uga.. sekarang dah pukul 11 pagi... Em... Aq stdy Mat018, Chm018, dan semua nyer lah... Tambahan arie nie kwan2 semua ada yg balik.. Tp aq masih stay kat cnie bp tmpt asal aq kat sandakan.. Jauh kan? Klau balik, tambang bas pulak, mahu2 RM40## g2.

    Klau balik kat Sandakan, wat apa uga... Cuma jumpa keluarga q, girlq, keluarga girlq, kwn2, dan smue nyeer lah.... X sempat nak stdy lgi tyme 2.. Ahai! Tpi sakit hatieq klau ada yg kuar/kacau girlq nie.... Geram! Geramnyer tau!... Em.. Dlm 2 thun lagi dah nak 2nang dah gan girlq 2...

    Harap dapat res2 dri beliauq n beliau nyer. Klau beliaunyer, aq x kuatir ler. Bp mama n family nyer dah kenal ttg aq nie.. Aq pun ok aje gan family girl aq... Tp tyme nie maybe aq jumpa keluarga nyer tyme birthday nyer.. Hehehehehe!!!..

    Friday, April 10, 2009

    2,000 maut ditelan pasir jerlus

    Tragedi pada 7 Jun 1962 lenyapkan satu pertiga daripada pekan Port Royal di Jamaica

    SEKITAR jam 11.40 pagi pada 7 Jun 1692, bandar pelabuhan Port Royal di Jamaica tiba-tiba dilanda gegaran teramat kuat. Selepas gegaran itu berhenti, bandar berkenaan mula tenggelam ke dalam tanah sehingga menyebabkan satu pertiga kawasan kotanya lenyap dan 2,000 penduduknya hilang ditelan pasir jerlus.

    Tragedi menggemparkan itu diceritakan saksi, Sir Hans Sloane: “Gegaran teramat kuat itu menenggelamkan sembilan hingga 10 kawasan pekan Port Royal dalam masa dua minit manakala bangunan di tepi dermaga pula tenggelam dalam masa kurang seminit.”

    Lebih menakutkan adalah dalam tempoh singkat juga, pasir jerlus dahsyat itu menelan ribuan penduduk bandar berkenaan dan kejadian menyeramkan itu digambarkan seorang saksi lain: “Gegaran dahsyatnya menyebabkan pasir merekah dan penduduk mula ‘ditelan’ ke dalamnya.”

    Bencana di Port Royal pada 1692 itu terus dikenang sebagai tragedi pasir jerlus paling dahsyat dalam sejarah dunia kerana sebelum ini, pasir jerlus sering dimomokan sekadar menelan manusia dan berlaku pada kawasan terhad saja. Akan tetapi, tragedi pada 1692 itu membuktikan bahawa kedahsyatan pasir jerlus menyebabkan ia mampu menelan sebuah kota besar dan ribuan mangsa sekali gus!

    Cerita mengenai pasir jerlus sering menjadi antara momokan popular sehingga kini. Di tangan pengiat kreatif atau sutradara filem, pasir jerlus digambarkan seakan-akan ‘raksasa atau makhluk hidup’ yang menunggu penuh sabar untuk menjerat dan memerangkap mangsanya. Mangsa yang melalui di atasnya kemudian akan ditelan ke dasar tidak berpenghujung dengan kejam dan sadis.

    Ketika dalam lawatannya ke Iran, seorang penyelidik pasir jerlus dari Universiti Amsterdam, Belanda iaitu Daniel Bonn pernah menemui seorang pengembala tempatan yang menunjukkan satu kawasan pasir jerlus dan menceritakan satu kisah menakutkan kepadanya.

    Menurut Si pengembala itu, pernah ada unta yang berjalan di atas pasir jerlus itu dan terperangkap di atasnya. Unta itu meronta-ronta tetapi ia kemudian hilang ditelan ke dalam pasir itu sehingga tidak meninggalkan sebarang berbekas.

    Pasir jerlus dipercayai turut menelan mangsanya di Malaysia antaranya pada 22 Jun lalu, dilaporkan empat kanak-kanak bersaudara, lemas selepas memijak pasir jerlus di Kampung Bangau Tanjung, berhampiran Sungai Pahang.

    Walaupun ramai mangsa sudah menjadi korban pasir jerlus, hakikatnya ia bukanlah raksasa hidup yang menjerat serta menelan mangsanya dengan kejam. Sebaliknya, seperti juga kejadian banjir, kilat ataupun taufan, pasir jerlus sebenarnya hanyalah satu fenomena alam yang penuh bahaya.

    Sekolah Rendah Agama Hidayahtul Mustaqimah Taman Beringin, di ibu negara runtuh akibat pasir jerlus pada 12 April 2006.

    Pada dasarnya, pasir jerlus terjadi apabila kawasan tanah atau pasir bercampur dengan air sehingga menyebabkan kekejapannya ikatan antara butiran pasir itu berkurang dan ia tidak mampu lagi menahan beban tertentu.

    Pasir jerlus boleh terhasil menerusi dua cara antaranya menerusi pergerakan air di bawah tanah yang meresap ke dalam struktur tanah seperti di tepi sungai atau pantai selain akibat gempa bumi iaitu apabila gegaran berlaku, ia meningkatkan tekanan air bawah tanah di kawasan cetek yang kemudian meresap ke dalam pasir sehingga menjadi larut.

    Dalam tragedi di Port Royal pada 1692, gempa bumi yang berlaku menyebabkan air dari laut meresap ke dalam pasir pantai yang menampung kota itu dan menukarkan pasir kejap itu menjadi pasir jerlus sebelum menengelamkan kawasan bandar terbabit bersama 2,000 penduduknya.

    Kajian penyelidik mendapati daya tarikan pasir jerlus juga amat besar. Pengiraan penyelidik mendapati untuk menarik keluar seseorang yang terperangkap dalam pasir jerlus yang menyedut pada kecepatan satu sentimeter perdetik, ia memerlukan kekuatan 100,000 Newton untuk menarik mangsa itu keluar sebanyak 0.3 meter. Kekuatan itu setara dengan kekuatan seseorang mengangakat sebuah kereta.

    Bagaimanapun, penyelidik mendapati faktor kecepatan sesuatu objek ditelan pasir jerlus bergantung kepada kepadatan objek terbabit.

    Kajian mendapati kepadatan pasir jerlus umumnya adalah 2 gram permililiter manakala kepadatan manusia adalah 1 gram permililiter. Justeru, jika seseorang yang terperangkap di dalam pasir jerlus, mangsa akan lebih cepat tenggelam jika dia meronta. Sebaliknya jika mangsa bertenang dan tidak bergerak, jasadnya akan terapung perlahan-lahan.

    "Keadaan yang paling berbahaya adalah apabila pasir jerlus cenderung menarik dengan cepat, tapi kesabaran dapat menyelamatkan anda. Jika ditunggu dengan sabar, partikel pasir lambat laun akan stabil sehingga daya apung campuran itu akan mengangkat anda ke atas.

    “Kami mengetahui bahwa lapisan pasir di bawahnya lebih rapat sedangkan air lebih banyak di lapisan atas. Lapisan pasir yang sangat pekat di bawah sangat sedikit mengandung air sehingga sulit melepas kaki yang terperosok ke dalamnya,” kata Bonn.

    INFO: Mangsa pasir jerlus di Malaysia

    2 Mac 2007: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas tenggelam di lagun apabila disedut pasirjerlus ketika mencari kepah bersama keluarganya di Pantai Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

    19 Februari 2007: Seorang datuk dan cucunya lemas dipercayai akibat pasir jerlus ketika memukat ikan di pesisir Pantai Beraya, Bekenu, dekat Miri, Sarawak.

    1 Julai 2005: Lima sekeluarga hampir lemas selepas ditelan pasir jerlus di Pantai Semerak, Pasir Putih, Kelantan. Semua mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan walaupun seorang koma dan seorang lagi cedera.

    10 Februari 2005: Enam mangsa maut akibat lemas selepas terperangkap dalam pasir jerlus di Sungai Pahang.