Followers

Thursday, September 23, 2010

Hospital biak nyamuk satu kesalahan serius: Liow

PUTRAJAYA: Penemuan kawasan pembiakan nyamuk di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini adalah satu kesalahan yang amat serius, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Walaupun ia bukannya daripada jenis nyamuk Aedes tetapi kita tetap pandang serius kerana sepatutnya hospital menjadi contoh terbaik dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeriannya, di sini hari ini.
Liow berkata, kompaun sebanyak RM500 telahpun dikenakan terhadap hospital berkenaan dan amaran juga sudah diberikan kepada pengarah hospital itu serta tindakan selanjutnya akan dikenakan jika kesalahan berulang.
Kelmarin, akhbar melaporkan satu kawasan pembiakan nyamuk yang dikenal pasti sebagai nyamuk Culex ditemui di hospital tersebut dan semalam satu lagi kawasan pembiakan ditemui.

Pemeriksaan sedang dibuat untuk mengenal pasti sama ada ia nyamuk Aedes.

Mengenai peningkatan kes denggi di Kelantan sebanyak 119 peratus, Liow berkata arahan sudah dikeluarkan untuk menambah sejumlah 19 lagi pasukan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) serta-merta.

Selain itu, katanya, dalam usaha memastikan wabak denggi dapat dikawal, kontrak semua 1,000 petugas pasukan Combi yang ditempatkan di unit kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara yang akan tamat hujung tahun ini disambung selama setahun lagi. - BERNAMA

1 comments:

Gadis Kampung said...

akak dah bagi makan ikan adik...hehehehe mai la ke blog akak boleh tengok ikan bercakap jom klik http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/09/budak-boleh-dengar-ikan-bercakap.html